SaLam.. hai semua.. apa khabar?? harap anda semua sihat hendaknya.. firstly, teratai nak ucapkan thank you so much kepada mereka yang memberi pandangan dan komen tentang blog ni.. teratai akan sentiasa peka dgn setiap pandangan dan komen dari anda..
so hari ini teratai ingin berkongsi pandangan dan pendapat tentang tajuk entry kali ini iaitu "Cinta Chat".. maybe dah ramai yg sentuh atau bincangkan mengenai tajuk ini but teratai akan mengupasnya dari perspektif teratai sendiri..
1) Chat
firstly, adakah anda pernah bermain chat atau dari kata yg tepat berchating? mesti anda semua pernah bermain chat. chat bermaksud berinteraksi secara maya atau internet yang menggunakan sesuatu benda yang bertaip seperti hp, laptop dan lain-lain dan ianya hanya memperlihatkan huruf2 sahaja. adakah anda pernah dgr "Mibbit", "MIRC" atau "kampungChat" ? ini merupakan perisian atau domain yg digunakan untuk berchating dan berinteraksi sesama chatez yang lain. sbnrnya banyak lagi tempat2 yang blh kita berchating. berchating ini sebenarnya kadangkala menyeronokkan dan kadangkala membosankan.
2) Adakah anda merupakan kaki chating?
sesetengah individu telah menjadikan berchating ini sebagai hobi mereka. mereka mampu untuk berchating seharian suntuk dan dan tidak menghiraukan keadaaan sekeliling.. ada juga sesetengahnya yang "gian berchating". "Gian Berchating" di sini bermaksud individu ini terlalu obses dengan dunia chating. mereka sanggup mengadap screen komputer or laptop mereka 24 hour non stop.. dan jika mereka tidak dapat berchting sehari mereka akan berasa kurang senang dan ingin bermain chating walaupun sekejap sahaja. adakah anda merupakan seorang yang "gian berchating"? hanya anda yang mampu menilai diri anda.
3)kebaikan berchating.
i) mengeratkan hubungan silaturrahim.
4)keburukan berchating
i) pembaziran masa dan wang
ii) melalaikan
iii) merosakkan bahasa
iv) berlakunya penipuan identiti
v) ada unsur seks
cuba anda perhatikan.. hanya 1 kebaikan chating iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim.. tetapi keburukan berchating kta boleh lihat begitu banyak.. so blh dirumuskan disini bahawa dunia chating ini byk mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif. oleh itu kepada anda semua yang kaki chating ini hendaklah pandai membahagikan masa supaya anda tidak terlalu lalai dengan dunia chating ini kerana banyak lagi perkara berfaedah yang anda boleh lakukan.
anda sepatutnya:
1)tidak terlalu mendedahkan identiti anda yang sebnrnya
2)jangan bagi tahu no telefon anda, ni i/c anda kepada sebarangan org. melainkan anda sudah mengenali kawan chat anda itu.
3)anda hndklah pandai jaga bait-bait perkataan yang anda taip..
so sampai di sini sahaja teratai dapat sentuh mengenai dunia chating ini. di harapkan anda juga dapata memberikan pendapat dan komen mengenai tajuk ini.. sekian. wslm.



No comments:
Post a Comment