Monday, March 15, 2010

CIK KIAH: "LELAKI ALIM"


Assalamualaikum..

Whaatchaaa!! Haloo.. Cik Kiah in da house.. apa khabar semua.. sht ke?? firstly cik kiah nk mnx maaf kt teratai.. sbb jnji nk nk hntr post.. sory ye. cik teratai.. cik kiah bz dgn asigment yg entah aPE2.. Pening kepale cik kiah ni.. adoiiiiiii!!!!
so hr ni cik kiah nk start membebel.. so Dh sedia ke kaum2 lelaki semua.. bersedia untk sakit mata bace bebelan Cik Kiah hr ni (lantak korang lah.. ade cik kiah kesah).. hr ni cik kiah nk ckp pasal “lelaki bergelar “ustaz” tetapi perangai cam @#@$%&” perhh!! Kaum-kaum adam jangan gelabah lagi ye.. baru tajuk je tu..

Pd 13 februari 2010 korang baca x surat khabar harian metro mengenai seorang “ustaz” telah meraba 4 orang pelajar perempuan.. gila la.. mcm mana seorang yg bergelar ustaz sanggup buat bende-bende bangang camtu.. di pahamkn lg bahawa ustaz tu telah pn berkhwn dan mempunyai anak.. wahh!! Dah ade isteri lg.. xkn xpuas kot.. nafsu @#$%& ke “ustaz” ni.. lg satu tak terfikir ke yang die dok raba-raba tu budak sekolah.. kire cam pangkat anak-anak dia kot.. bayangkan kalau orang lain raba-raba anak dia.. apa “ustaz” rasa.. tak fikir ke sebelum buat bnde2 bangang cmtu.. cube org lain raba2 anak die plk.. cmne rase?? (tp mnx2 jgn lah).. sepatutnya sebagai seorang “ustaz” yang tau psl agama ni xkanlah sampai sanggup buat cmtu.. harap2 klu “ustaz” tu didapati bersalah, hukum lah die dgn sewajarnye.. harap2 bnde2 ni tak berulang lagi.. (blh ke x berulang lagi, kita sama2 doa je lah)….

Satu lagi perihal mengenai lelaki yang bergelar “ustaz”… perkara ni terjadi mase cik kiah bersekolah agama kat kampung dulu (cik kiah dapat pangkat satu.. bangga sekejap) ni lagi sakit mata tengok.. (klu mata ni ada kaki, dah lama mata cik kiah ni lari balik rumah.. pastu nyorok bwh bantal) byangkan ustaz-ustaz boleh pegang-pegang tangan dgn murid perempuan.. pastu boleh manja-manja.. apa kejadahnya bnde2 cmni boleh berlaku.. mase tu sklh tu dh mcm bukan sekolah agama.. sesuka hati je “ustaz” buat camtu. Xnmpak ke kat luar pagar sekolah tu tertera “Sekolah Agama”.. ingt ni “sekolah pegang-pegang tangan” (ni baru cik kiah amek kesah).. agak lama gejala bangang ini terjadi.. sakit mata tgk.. rase cm nk kerat2 tangan ustaz tu.. akhirnye bnde ni pun stop bile masuk guru besar baru.. guru besar ni siap sound lagi “ustaz-ustaz” dgn budak-budak gurl yg agak mangkuk ni.. (padan muka korang) baru lah bnde2 ni tak terjadi lagi dan ade dikalangan “ustaz-ustaz” ni di pindahkan ke sekolah lain..(baru mata ni boleh tumpu pada2 bende yang patut ditgk).. sepatutnya bende2 camni x berlaku.. sebagai seorang “ustaz”, dieorang ni kne la bg nasihat dan didikan agama yang betul kat pelajar2 ni.. ni x “ustaz” ni dok melayan pastu suke-suke plk.. xke bengong tu.. tu nsb baik tak sampai ke pengetahuan ibu bapa.. klu ibu bapa tau mampus la kne “ustaz-ustaz” ni.. harap2 bnde ni tak terjadi lagi lah dan same2 kita pertingkatkn lagi mutu dan nama baik sekolah..

Sebenarnya banyak lagi cerita2 dan kisah2 melibat kan “lelaki alim tetapi perangai cam @#$%&” ni.. malas je cik kiah nak paparkn kat cni korag boleh bace sendiri. banyak terpampang di dada akhbar dan juga majalah-majalah.psl kisah tok imam lah, pak aji lah n mcm lagi lah.. Bukannye diorng nk buat teladan.. ni x makin menjadi2 pulak. Sepatutnye seseorang yang bergelar “orang alim” tak sepatutnye buat2 bnde ni.. fikirlah, yang korang ni dihormati, jgn sampai orng ramai hilang hormat terhadap mereka yang bergelar “ustaz”. “jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga”. Sebagai seorang yg pengetahuan agama. Diorang ni kne la jadi tauladan yang baik untuk anak-anak didik mereka. Jadikan anak-anak murid ni seorang yang berakidah dan berperangai elok..

So sampai cni je cik kiah nk bebel.. penat dh tangan ni menaip.. ape2 pn cik kiah akan membebel lagi minggu depan.. so nanti kn..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Thursday, March 4, 2010

Tidur Seranjang Dengan Suami Orang

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.

Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayang i Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan
pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya
ditutup saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur
sehingga dia berkata lagi:
"Abg Andy..."

Kali ini Andy langsung menjawab:
"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Wah, wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat...

Monday, March 1, 2010

JANGAN PERNAH


Jgn pernah . .

Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.

Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.

Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah.

Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya.

Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal.

Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi.

Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak

KISAH CINTA SUCI


Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab.Jika ada sebab, kesucian cinta itu boleh dipertikai.Boleh mengambil cantik sebagai sebab..mahupun suara yang merdu sebagai sebab dan bentuk tubuh yang mengiurkan sebagai sebab..Tetapi sebenarnya, cinta suci tidak memerlukan itu semua..

Alkisah Cinta Suci Seorang Suami

Sepasang suami isteri berjalan ditepi sebuah tasik yang indah.Tidak lama selepas itu mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian, si isteri bertanya kepada si suami..

Isteri : Abang..mengapa abang menyukai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya tetapi abang memang menyayangi dan menyintai ayang..

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya??Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya..(si isteri sudah agak meninggikan suara kerana tidak berpuas hati..)

Suami : Betul!Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan ayang!!

Isteri : Tidak!!Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya..kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki..semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mecintai..Dalam bentuk syair dan puisi lagi..tapi abang tak boleh terangkan sebabnya??

Suami : Baiklah!Abang mencintai ayang sebab ayang cantik..mempunyai suara yang merdu..penyayang dan mengingati abang selalu..abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak ayang melangkah..disitulah cinta abang pada ayang..

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi..

Selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital..Suratnya berbunyi:

“ Ayang..jika disebabkan suara..aku menyintaimu..sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu..sekrang,bolehkah engkau menunjukkannya?? Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan senyuman aku menyintaimu..sekrang,bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan setiap langkah aku menyintaimu..sekarang,bolehkah engkau melangkah??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika cinta memerlukan sebabnya aku tidak mempunyai sebab lagi untuk menyintaimu..tetapi,apakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!kerana aku masih menyintaimu dari dulu..kini..selamanya dan tidak perlu ada sebab untuk itu..
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat..dipegang..Namun begitu..ia boleh dirasai dalam hati..”

Memang cinta harus dilandaskan pada kesamaan dan kesesuaian antara yang menyintai dan dicintai.Tetapi mahabbah al-isyq tidak akan sirna setelah berpadunya roh atau jiwa atau bertemunya ikatan batin..inilah apa yang digambarkan oleh kisah diatas..

Oleh itu..berhati-hatilah apabila ada lelaki yang memuja –muja anda.Dia mungkin mengatakan betapa terpesonanya dia melihat wajah anda yang jelita..ataupun mendengar suara anda yang merdu serta bentuk tubuh yang mengiurkan..Ingat!!ketika kesemua ciri ini telah tiada..dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu..

Sebaiknya pilihlah lelaki yang tidak terlalu memuji-muji anda dan memilih diri anda seadanya sebab itu tanda bersedianya dia untuk terus menyintai anda biar apapun keadaanya nanti..Orang yang mudah memuji juga mudah mengeji..Sesungguhnya cinta suci tidak perlukan sebab..

Friday, February 26, 2010

SALAM
KAMI WARGA BLOG "APA KATA HATI" MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL.. SEMOGA KITA DAPAT MENGHAYATI DAN MENCONTOHI SIFAT DAN SIKAP NABI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD.
DAN SEMOGA HIDUP KITA DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T

Tuesday, February 23, 2010

CIK KIAH : MYSELF

Assalamualaikum..

Whaatchaaaaa!!! Haloo semua.. cik kiah in da house!! Huhu.. :P ..Melebih-lebih pulak cik kiah ni.. mesti dh ade yg menunggu cik kiah mengomel dalam blog cik adik manis kita ni (manis ke??) si Teratai.. “Apa kata hati”.. meletup gitu.. sesuai la dgn apa yang hendak dibicarakan.. semuanye bermula dari hati cik kiah ni pasal ketidakpuasan cik kiah pasal kaum-kaum adam yang dh semakin jatuh nilai sahamnya.. saham je ke?? Semua lah psl lelaki dah jatuh.. but msh ade yg baik kot.. (ade ke??) tu pun sikit je.. hrp2 ade lah ye.. (sambil berdoa semoga ade lg insan yg dipanggil lelaki ni baik-baik dan gentleman orgnye)..

so hari ni cik kiah xnk pnskn hati lelaki lagi.. karang ade yg komen tak tentu psl cik kiah ni.. (jahanam lah blog cik teratai ni). Hr ni just nk bg tau psl latar belakang diri ini je.. kite kne knl la dulu-dulu kan.. tak knl maka tak cinta..( mcm la cik kiah nk bercinta dgn korang) bile dh knl maki yang dapat. Wakakaka!!

Nama: Cik Kiah
Umur: korang agak2 berapa?? (muda lagi la)
Asal: selatan mari..
Hobi: suke tgk gelagat orang dan jalan-jalan cari pasal.

Tu je kot nk bg tau psl diri cik kiah ni.. (karang bg tau lbh2 ade yg ngorat nnti).. so kat cni cik kiah nk ucapkan thank you kpd cik teratai kita ni.. kerana sudi jemput cik kiah untuk jahanamkn blog die ni..(nnti cik kiah buat blog ko plg popular).. blog ni cantik and cute.. cik kiah suke sgt2.. (muahhh2!! Kat pp teratai wangi ni).. and lastly.. cik kiah harap pns la hati kaum adam bila baca kutukkan cik kiah ni nanti ye.. (lantak korang la.. ada aku kesah). Cik kiah akan hanya membebel dlm blog ni setiap hari selasa.. so tunggu je lh dpn pc tu klu nk bace bebelan cik kiah ni..

Jumpe lg selasa minggu depan.. assalamualaikum dan salam satu Malaysia…

RAJA MP3 : AKON - NO MORE YOU

AUDIO
AKON - NO MORE YOU