Friday, January 29, 2010

luve

tanda-tanda anda jatuh cinta:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Thursday, January 28, 2010

duNIa cHAt

SaLam.. hai semua.. apa khabar?? harap anda semua sihat hendaknya.. firstly, teratai nak ucapkan thank you so much kepada mereka yang memberi pandangan dan komen tentang blog ni.. teratai akan sentiasa peka dgn setiap pandangan dan komen dari anda..

so hari ini teratai ingin berkongsi pandangan dan pendapat tentang tajuk entry kali ini iaitu "Cinta Chat".. maybe dah ramai yg sentuh atau bincangkan mengenai tajuk ini but teratai akan mengupasnya dari perspektif teratai sendiri..

1) Chat
firstly, adakah anda pernah bermain chat atau dari kata yg tepat berchating? mesti anda semua pernah bermain chat. chat bermaksud berinteraksi secara maya atau internet yang menggunakan sesuatu benda yang bertaip seperti hp, laptop dan lain-lain dan ianya hanya memperlihatkan huruf2 sahaja. adakah anda pernah dgr "Mibbit", "MIRC" atau "kampungChat" ? ini merupakan perisian atau domain yg digunakan untuk berchating dan berinteraksi sesama chatez yang lain. sbnrnya banyak lagi tempat2 yang blh kita berchating. berchating ini sebenarnya kadangkala menyeronokkan dan kadangkala membosankan.

2) Adakah anda merupakan kaki chating?
sesetengah individu telah menjadikan berchating ini sebagai hobi mereka. mereka mampu untuk berchating seharian suntuk dan dan tidak menghiraukan keadaaan sekeliling.. ada juga sesetengahnya yang "gian berchating". "Gian Berchating" di sini bermaksud individu ini terlalu obses dengan dunia chating. mereka sanggup mengadap screen komputer or laptop mereka 24 hour non stop.. dan jika mereka tidak dapat berchting sehari mereka akan berasa kurang senang dan ingin bermain chating walaupun sekejap sahaja. adakah anda merupakan seorang yang "gian berchating"? hanya anda yang mampu menilai diri anda.


3)kebaikan berchating.
i) mengeratkan hubungan silaturrahim.

4)keburukan berchating
i) pembaziran masa dan wang
ii) melalaikan
iii) merosakkan bahasa
iv) berlakunya penipuan identiti
v) ada unsur seks

cuba anda perhatikan.. hanya 1 kebaikan chating iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim.. tetapi keburukan berchating kta boleh lihat begitu banyak.. so blh dirumuskan disini bahawa dunia chating ini byk mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif. oleh itu kepada anda semua yang kaki chating ini hendaklah pandai membahagikan masa supaya anda tidak terlalu lalai dengan dunia chating ini kerana banyak lagi perkara berfaedah yang anda boleh lakukan.

anda sepatutnya:
1)tidak terlalu mendedahkan identiti anda yang sebnrnya
2)jangan bagi tahu no telefon anda, ni i/c anda kepada sebarangan org. melainkan anda sudah mengenali kawan chat anda itu.
3)anda hndklah pandai jaga bait-bait perkataan yang anda taip..

so sampai di sini sahaja teratai dapat sentuh mengenai dunia chating ini. di harapkan anda juga dapata memberikan pendapat dan komen mengenai tajuk ini.. sekian. wslm.

Saturday, January 23, 2010

Screen Laptop


SALAM... ermm.. sedihnye.. laptopku meragam lagi.. kali ni screen laptop buat hal.. xtau la sbb ape.. tapi sakit mata.. asyik bergoyang je gambar screen ni.. dh macam kena parkinsaon... so hr ahad ni nk g hantar kedai laptop.. harap2 tak la rosak teruk.. kalau rosak teruk alamatnya melayang la duitku.. terpaksalah keluarkan duit untuk repair screen laptop ni..

so sblm hantar laptop ni ke kedai.. kena lah simpan gambar-gambar yang mana yg patut.. gambar-gambar lain kena lah delete.. sedihnya.. ini pun untuk kebaikan.. mana lah tau tak pasal-pasal tokeh kedai tu rembat gambar teratai.. tak2 pasal2 jadi model tanpa bayaran..

so ni je nak tangan ini type untuk petang ni.. tunggu entry yng berikutnye k.. nk luahkan sesuatu yg terbuku dihati..so yang mana tau tu harap2 diamkn jela..okey la.. chau chin chau dulu.. jumpe lagi.. daa!! salam..

Sunday, January 17, 2010

Sepi Senja Ku


Sepi Senja Ku (download here)
BLiZ

Keheningan gelap yang memilu
cahaya awanan menghiasinya
sanubari cerah sang mentari
menyulam bahagia

kita berdua
bagaikan malam dan siang
kan bersama hanya pada waktu senja

oh kekasih
kan ku menghiasi
sepi senja ku bersama mu
oh tuhan satu kanlah
jiwa yang tak sehaluan
namun hati kita sama dalam cinta

oh...
kita berdua
bagaikan malam dan siang
kan bersama hanya pada waktu senja yang suram

SALAM... hai.. ape khabar?? teratai harap anda semua dlm keadaan sihat dan dan bahagia di sisi org yg menyanyangi anda.. Agak lame teratai tak menulis diblog ni.. bukan ape.. teratai cam berat untuk meluahkan ape yg ade di dalam hati ini.. so hr ni teratai nk berkongsi dgn anda sebuah lagu dr band indie iaitu "Sepi Senja Ku"...

Mula2 dgr lagu ini hati dh terasa sebak.. knp ini perlu terjadi? knp ingatan padanya muncul kembali? erm.. byk soalan terus muncul dihati kecil ini.. hati in kembali merinduinya.. ingatan ini kembali mengingatinya.. mata ini kembali melihat wajahnya.. dan mulutku kembali menyebut namanya.. hampir berlinang air mataku mengingati perkara ini..

ku tahu.. masa yg lps tidak akan kembali lagi walau apa pun diri ini lakukan.. dan ku amat berharap kau bahagia di sisi org yng lbh menyayangimu.. ku berdoa agar kau sihat dan kau berjaya dalam hidup ini..

p/s: thank jaf g lagu ni... ape la bg lagu sedih2.. ish die ni.. hehe. :P

Monday, January 4, 2010

PASANGAN PILIHAN

Salam dan selamat sejahtera.. apa khabar? Teratai harap semua pembaca blog APA KATA HATI dalam keadaan sihat hendaknya. Selamat tahun baru teratai ucapkan. Mesti anda semua sudah memasang azam baru pada tahun ini. So macam mana dgn azam pada tahun lepas? Mesti ada yang tercapai mesti ada yang tak tercapaikan.. kepada yang berjaya capai azam, tahniah teratai ucpkan.. kepada yang tak berjaya tu usaha lagi dgn sebaik mungkin..

So berbalik pada title entry pada minggu ini.. ’Mencari pilihan Hidup”. Mungkin pembaca diluar sana ada yang masih tercari-cari pasangan hidup atau mungkin juga ada yang sudah berjaya menemui psgn hidup. So kepada yang masih2 tercari psngn hidup ni, sebenarnya korang ni terlalu memilih sgt atau apa.. atau sbk dgn tugasan sehingga xsempat mencari psgn hidup.. mungkin juga ada yang takut untuk mencari psgan hidup kerana takut tersalah membuat pilihan. Kita thu bahawa jodoh itu ditangan tuhan.. setiap manusia ade pasangan yg tlh ditetapkn oleh Allah S.W.T. sebagai manusia kita kne la berusaha dan berikhtiar untuk mencari jodoh.

APA CIRI-CIRI PILIHAN HIDUP ANDA

Mungkin anda pernh mendengar kwn-kwn anda berbicra ttg ciri2 plhn psgn hidup mereka.. ade yg kata ” aku klu blh nk bkl suami mcm fahrin ahmad.. tak pun ade yg menyatakan.. ”aku nk mate suami aku mcm brad pitt, bdn dia mcm salman khan, rambut dia cm mawi”.. manakala yg lelaki pula.. ”aku kalau blh nk isteri mcm siti nurhaliza,body dia mcm rihanna. klu xdpt pn macam diorang, mcm miss world pn xpe lah..” .......... pernh tak korang dgr.. mesti lwk kn... angan2 yg mengunung.. blh ke ciri2 yang mcm tu membahagia kan anda. Tepuk dada tanya selera.. di sini teratai senaraikan ciri-ciri pasangan hidup yg menjadi pilihan..

ciri-ciri pasangan pilihan hati
1. Jadi pendengar setia
2. Ingat hari pentingnya
3. Hormatinya
4. Jangan terlalu kebudak-budakan
5. Agresif
6. Jangan terlalu seronok
7. Jangan ganas
8. Jangan terlalu baik
9. Jangan perasan
10.Sikap sederhana
11. Sikap keibuan atau kebapaan
12. Lemah-lembut
13. Sensitif
14. Kenali dirinya
15. Jaga kecantikan dan kebersihan
16. Gaya kemas
17. hormati orang tua
18. Sering tanya khabar
19. Jujur dalam tingkah laku
20. Suka yang beragama
21. Tidak mudah dipermainkan
22. Jangan tunjuk lemah
23. Tunjuk matang
24.Suka dimanja


So, mungkin susah nk cr kesemua ciri-ciri diatas ni.. kalau dpt separuh pn sudah cukup memadai.. jangan terlalu memilih psgn dan jangan lepaskn pasangan pilihan anda.. berusaha dah berikhtiarlah dengan sebaik mungkin. Soal jodoh ditangan tuhan.. Allah S.W.T yang menentukan segalannya...

Sunday, January 3, 2010

DOA MENCARI PASANGAN PILIHAN

Hayatilah Bersama-sama...

YA ALLAH
Ya tuhanku yang maha pengasih, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Didunia dan diakhirat, Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini, Janganlah engkau biarkan aku sendirian, Didunia ini mahupun diakhirat, Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina, Kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

YA ALLAH
Berikanlah kami kebahagiaan, Didunia dan diakhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

YA ALLAH
Kau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh Membimbingku, menyayangiku, menggembirakanku, dan ikhlas padaku, Jika diri ini masih daif, Kau berikanlah aku, Ketenangan untuk diri ini kembali padamu, Untuk menjadi lelaki/wanita yang soleh/solehah.

YA ALLAH
Seandainya kau telah catatkan, Dia milikku, tercipta untukku, Dekatkanlah dia padaku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan itu abadi.

YA ALLAH
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini, Ketetapan yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami.

Tetapi YA ALLAH
Seandainya engkau telah takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

YA ALLAH
Ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agarku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya.

YA ALLAH
yang Tercinta Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hambaMu ini.

YA ALLAH
Yang MAha Mengetahui, Segala sesuatu dilangit dan dibumi, Engkaulah yang melimpahkan rezeki, Buat hambaMu ini, Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku, Maka aku redha, Atas segala ketetapanMu, Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

AMIN YA RABBAL ALAMIN

perKEnaLaN

Salam.. lame dah teratai x aktif memblog.. blog yang lame pn dh delete.. so teratai akan start memblog semula.. mne2 yang knl dgn care teratai memblog ni. harap2 korang jgn dedahkan identiti teratai dah la..

start dr hari esok teratai akan ketengahkan beberapa isu.. harap anda2 semua dpat juga memberi pendapat, cadangan atau apa2 saja...
hopely selalu2 lah jenguk blog ni k..

salam 1 malaysia
SeLAmAt taHuN BArU 2010
HaPpy nEW yEAr
SeMoGa apE YAng BeRLAkU dI masA siLAM mENjaDi KenaNGaN yANg TeRiNDAh WaLaUpUn IaNYA PAhIt UnTuk DikEnaNG..
TAnamkAN AZaM YaNg baRu suPAYa IAnya DapAT mEnjADI JaLAn DaN laNdaSAn UnTuk ANda mEnEmPuH maSA yANg MeNdaTaNG..

gOoD lUcK iN yOuR LiFe~!!