Saturday, December 5, 2009

BoSaN


Bosan ..
Ia hanya sesaat menyapamu, melihatmu, menjengukmu
Bosan ..
tak akan lama berdiam diri mengetuk hatimu
Hanya sekadar berteduh
dan menyapa hati yang lelah
oleh warna warni duniawi
Bosan ..
kan bera
Menjenguk hari-hari
Menyapa setiap isi bumi
yang kian berputar kerana masanya
Bosan
kan meninggalkan sejuta senyuman
Sejuta semangat nan tak berakhir
Hingga kau lelah dan terduduk sesaat,
dan bosan kembali menemanimu
Bosan hanyalah teman sebentarmu
menghirup nafas nafas kehidupan
menyusupi detik detik berlalu
dan tulisan tulisanmu diantaranya
Kini bosan beranjak, mengunjungiku ..
Dan bosan menyampaikan salamnya
untuk hari yang akan datang
njak pergi

aKu MeNuLiS.......



aku menulis kerana..

aku menulis kerana aku hidup..

aku menulis kerana aku tahu apa yg tersirat dihatiku...

aku menulis kerana bosan..

aku menulis kerana ingin up8 blog..

aku menulis kerana mengantuk..

aku menulis kerana ada internet..

aku menulis kerana belenggu hatiku tiada siapa yg tahu...

aku menulis ingin memuaskan hati..

aku menulis kerana aku wujud..

aku puas dgn apa yg aku tuliskan...

yg penting..

aku menulis kerana aku adalah aku~

SaTu kEhIdUpaN


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan...

Tuesday, November 10, 2009

LUPAKAN ABANG..

"LUPAKAN ABANG"...

masih terngiang-ngiang kata-kata ini di telingaku sehingga hari ini. Inilah permintan terakhir dari insan yang aku sayangi 3 tahun dahulu. Detik ini, saat ini dia mengucapkan kata-kata yang tak akan aku lupakan. teratai tahu yang abang tak bermaksud untuk mengucapkan kata-kata ini. teratai sendiri pasti hatimu masih menyayangi diriku.

teratai tak sangka perpisahan yang berlaku. Perpisahan yang bukan kami pinta, tetapi atas desakan keluarga Teratai kami berpisah. mungkin ini takdir yang ditetapkan oleh tuhan. semuanya telah dicatat. aku hanya redha dengan apa yang berlaku. mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

di mana abang berada ketika ini?. kenapa menghilang diri tanpa khabar berita? teratai tahu abang tak sanggup menghadapi semua ini. tetapi teratai perlu tahu apa yang berlaku terhadap diri abang. sihat ke abang sekarang? bgaimana keadaan abang sekarang? ermm.. banyak soalan yang ingin tanya kepada abang.

teratai rindu detik-detik bersama abang, lawak-lawak abang, senyuman abang, teratai rindu sangat-sangat.. tapi itu waktu abang bersama teratai.. kini abang dah tiada disisi. teratai harap abang jangan senyap begini, teratai nak sangat mendengar khabar berita dari abang..

teratai harap abang sihat hendaknya.. teratai berdoa agar abang bahagia sekarang ini. kuatkan semangat dan jaga kesihatan dan dimurahkan rezeki.. amin..

~~SEPI MEMELUKKU~~

Sunday, November 8, 2009

DoA bUat keKAsih

2 lagu kegemaranku

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA
Setiap kali mendengar 2 buah lagu ini membuat hatiku sungguh terusik dan sebak. Kali pertama teratai mendengar 2 buah lagu ini hampir membuatkan teratai mengalirkan air mata. Sungguh menyentuh perasaan. Lagu-lagu ini mengingatkan kembali teratai kepada kenangan-kenangan lama ketika bersama orang yang pernah teratai sayangi..


Sepi memelukku
Apit & Acit

Izinkanku menyentuh hatimu
Kerna hati telah tertawan
Oh Kekasih ku merenung tiap persoalan
Disebalik mencari jawapan
Ketikaku mendambakan belaianmu
Ku terasa hangatnya asmara
Oh kekasih berikanlah kesempatan
Membuktikan hati kerinduan
Berikanlah aku secebis harapan
Untuk aku meluahkan perasaan kepadamu
Kekasihku tiap waktu merindumu
Hingga terlena dibuai waktu
Menunggumu kekasihku sehingga ke akhir hayatku
Berikanlah kesempatan buktikan kerinduan
dan secebis harapan Meluahkan perasaan
Berikanlah aku secebis harapan
Untuk aku meluahkan perasaan kepadamu
Kekasihku tiap waktu merindumu
Hingga terlena dibuai waktu
Menunggumu kekasihku sehingga ke akhir hayatku
Berikanlah kesempatan Meluahkan perasaan
Dan secebis harapan Buktikan kerinduan
Kekasihku tiap waktu merindumu
Hingga terlena dibuai waktu
Menunggumu kekasihku sehingga ke akhir hayatku
Ketikaku mendambakan belaianmu
Ku terasa hangatnya asmara
Oh kekasih berikanlah kesempatan
Membuktikan hati kerinduanMembuktikan hati kerinduan


Tiada ku duga tiada ku sangka
Apit & Appy

Malam ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terlintas kenangan bersamamu
Alangkah indahnya bersamamu
Mengalir air mataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untukku melupakanmu
Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji akan setia menanti
Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kesah
Dari kau terus membuatku menunggu
Tak ku sangka tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Dah ku cuba pertahankan
Namun dirimu pergi jua
Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitulah sikapmu oh sayang
Kau lontar cintaku ditepian
Ku bagaikan hanyut dilautan
Yang lemas di dalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan


Ku berdoa agar dikau bahagia di samping orang yang lebih menyayangimu.. Amin..

~~SeLaMaT DaTAng~~


ASSALAMUALAIKUM.. syukur Alahamdulillah. akhirnya dapat juga teratai membina satu blog untuk diri teratai sendiri.
sebelum itu izinkan teratai memperkenalkan latar belakang diri teratai sendiri. Teratai berumur 21 tahun. Berasal dari negeri Johor Darul Ta'zim. Sekarang ini teratai bermastautin di negeri Pahang Darul Makmur kerana belajar di salah sebuah universiti di negeri ini. dilahirkan di dalam bulan Ramadhan dan berbintang Taurus.
Apa-apa pun teratai mengucapkan selamat datang ke blog "TERATAI". sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan dengan apa yang cuba teratai sampaikan nanti, teratai memohon ampun dan maaf. Segala yang bik datangnya dari Allah S.W.T DAN yang buruk itu datangnya dari kekurangan diri teratai sendiri.
Sekali lagi teratai ucapkan selamat datang ke blog "TERATAI" dan diharapkan pembaca tidak jemu-jemu untuk melawat blog teratai dan membaca segala tulisan teratai nanti..
Sekian...

~~Teratai Bunga Indah~~